Kedatangan pegawai YBK, Encik Audi Faliq Ibrahim bersama seorang Sukarelawan YBK dari Batu Enam Kuala Terengganu, Cik Farah Nadia Zahari telah disambut oleh saudara Mohd Adam Zakria, wakil Majlis Perwakilan Pelajar UMT. Taklimat tersebut turut dihadiri oleh wakil-wakil daripada persatuan pelajar antaranya Persatuan Kaunseling dan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) cawangan khas UMT. Seramai 30 orang pelajar hadir dalam sesi taklimat tersebut. Encik Audi Faliq telah menyampaikan taklimat dengan menerangkan berkenaan sejarah YBK, program dan aktiviti YBK, serta maklumat khusus mengenai Sukarelawan YBK seperti prosedur pendaftaran keahlian serta cara menghantar kertas kerja cadangan program.