Bukit Beruntung, 21/11/2011 – Sukarelawan YBK telah meluangkan masa berkunjung ke Rumah Anak Kesayanganku untuk menyerahkan sumbangan barang keperluan harian. Sumbangan adalah terdiri daripada bahan makanan dan kelengkapan harian.

Ketibaan pegawai dan sukarelawan telah disambut oleh pegawai Rumah Anak Kesayanganku yang diwakili oleh Puan Nasibah selaku pengurus. Anak-anak penghuni rumah kebajikan tersebut telah membantu menyusun barang-barang sumbangan berkenaan. Sesi penerangan ringkas turut diadakan.
Semoga sumbangan barangan keperluan yang disampaikan oleh YBK dapat meringankan sedikit beban dalam membantu urusan rumah kebajikan tersebut tanpa sebarang masalah.