Disamping itu datuk dan nenek terpaksa pula menjaga 6 orang lagi cucu dan anak mereka. Semasa lawatan tersebut, semua 6 orang adik beradik tidak lagi bersekolah. Daripada ujian membaca yang dilakukan oleh pegawai YBK mendapati kebolehan membaca telah menurun walaupun masih mengenal huruf. Untuk tujuan tersebut YBK bercadang menawarkan 2 dari mereka ditempatkan di Asrama Kasih YBK Gesir. Manakala baki 4 orang lagi sedang diuruskan dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat Gombak untuk tindakan selanjutnya.
Semasa lawatan YBK telah menyumbangkan RM200.00 kepada penjaga kanak-kanak tersebut ntuk meringankan beban hidup harian mereka.