Puan Siti Aliah Kasran merupakan seorang ibu tunggal yang mempunyai seorang anak dan mengalami kecacatan lumpuh kekal di kaki akibat kemalangan jalan raya pada tahun 2009.
Beliau mencari rezeki dengan menjadi guru mengaji kepada kanak-kanak di kawasan taman perumahan yang berhampiran. Kes ini telah mendapat perhatian YBK dan beliau telah menerima bantuan kewangan dan makanan semasa kunjungan Skuad SKY ke rumah beliau.
Bantuan Skuad SKY YBK ini telah disampaikan oleh Tuan Haji Samson bin Mukri, Pengerusi JKKKP Kg Bukit Changgang bersama Ustaz Abdul Nasir bin Jajuli Pegawai Khas ADUN Dengkil.