YBK yang diwakili oleh Pengerusi Dato Zainal Abidin telah dijemput untuk menyampaikan ucaptama dalam program ini yang menghuraikan peranan NGO dan sukarelawan dalam membantu masyarakat. Pengalaman serta peranan YBK selama 20 tahun dalam khidmat sosialnya membantu masyarakat telah disampaikan oleh Dato pengerusi.
Semoga pembabitan sukarelawan dalam membangunkan komuniti dapat dikembangkan. Melalui sikap kreatif dan inovatif sukarelawan dapat menambah baik kehidupan manusia sejagat.