Majlis malam itu dimulakan dengan sembahayang maghrib berjemaah, kemudian diikuti dengan bacaan yassin sebanayk 3 kali dan sembahyang Isyak berjemaah dan diakhiri dengan tazkirah dan motivasi kepada pelajar asrama yang dipimpin oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom sebelum hadirin menjamu makan malam yang disediakan oleh pengurusan asrama.
Sempena malam nisfu syaaban, Dato Pengerusi telah mengingatkan supaya semua pelajar berdoa agar pelajar sentiasa berusaha mencatat kecemerlangan pelajaran masing dan juga minta semua pelajar mendoakan agar YBK terus dapat menjalankan program-program pembasmian kemiskinan setelah 19 tahun mencatat kejayaan menyumbang kepada peningkatan taraf sosio-ekonomi rakyat miskin di dalam negara