Mereka merupakan 3 pelajar terbaik dari 19 orang pelajar Asrama Kasih YBK yang mengambil peperiksaan SPM pada tahun 2008 dan mencatatkan keputusan cemerlang dalam peperiksaan SPM(2008). Dengan peruntukkan, pengawasan dan peraturan yang sewajarnya pelajar miskin yang ditempatkan di asrama YBK ini akhir mampu mencatat keputusan yang baik dan seterusnya mencipta kejayaan hidup di masa depan. Secara keseluruhanya semua 19 orang pelajar mencatat purata markah 66.1% berbanding 75.6% purata markah dalam PMR dalam tahun 2006. Keputusan lengkap adalah seperti berikut
Nabila Begum Mohd Muniruddin - 7A 2B 1C, Mohd Umar Hasbullah - 6A 3B 1C, Hasri Husairi Karia - 5A 2B 3C, Juwariyah Ismail - 5A 2B 3C, Mohd Izwan Ahmad Fuad - 4A 4B 2C, Mohd Azri Jasmi - 4A 3B 3C, Siti Sapinah Abd Kifli - 2A 3B 4C 1D, Mohd Fhadlan Sulaiman - 2A 2B 4C 1D, Siti Nurfahsiha Mohd Nordin - 2A 2B 6C, Shahrol Jamaluddin - 1A 5B 3C 1D, Roslan Mohamad - 3A 1B 3C 1D, Norfarahanim Nordin - 2A 4B 1C 2D, Noramiera Abdul Razak - 1A 3B 3C 1D 1E, Nur Khairulnnisa Amin - 2A 2B 2C 3D 1E, Nurul Hidayah Mohd Nazri - 5B 2C 2D, Nurul Izaty Jamali - 1A 2B 4C 2D, Mohd Normizam Mohd Soair - 1A 2B 2C 4D, Nur Asmah Bt Yusof - 1A 3B 3C 2D, Nurul Atiqah Ismail - 1B 4C 2D 2E
Untuk perancangan akan datang, YBK telah memutuskan untuk mengadakan kelas tambahan terutamanya dalam mata pelajaran English bagi memastikan pencapaian yang baik dalam peperiksaan SPM yang akan datang