Pegawai-pegawai tersebut ialah Mohd Khizam Mohd Salih, Eksekutif IT dan Sureini Sulaiman, Eksekutif Korporat. Di majlis tersebut juga Dato’ Zainal dan Datin Hartini telah menyampaikan cenderahati kepada mereka berdua. Seluruh pihak pengurusan YBK mengucapkan ribuan terima kasih di atas jasa mereka selama berkhidmat di YBK dan selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang diceburi nanti.
Turut hadir di majlis tersebut ialah Datin Sarifah Ahmad, Datin Hartini Osman, Haji Bing Selamat Amir, Zulhairy Jalaluddin dan pegawai-pegawai YBK.