Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom berkata beliau amat berbangga dengan kejayaan anak-anak ini yang pada mulanya bukanlah pelajar merupakan pelajar yang cemerlang di sekolah lama mereka. Hasil didikan Pengurusan Asrama Kasih dan semangat untuk memajukan diri akhirnya mereka beroleh kejayaan yang diluar jangkaan.
“Komitmen dan semangat mereka yang berjaya ini patutlah dicontohi oleh anak-anak Asrama Kasih yang lain untuk mengharumkan lagi nama asrama dan YBK di mata masyarakat dan dapat melahirkan insan-insan yang berilmu dan berguna untuk bangsa, agama dan negara di masa akan datang”, ujar beliau lagi.
Sesi ini telah membuat satu resolusi dimana Visi YBK akan diubah kepada ‘Negara sejahtera, maju dan bebas dari kemiskinan’ dengan memastikan tiada lagi golongan miskin di Malaysia melalui program pendidikan yang berkualiti untuk meningkatkan ilmu, kemahiran sekaligus mengubah sikap kumpulan sasar.
Peserta Sesi Percambahan Fikiran terdiri daripada Hj Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK, Prof Dr Shukrey Mohamed, KUSTEM Terengganu, Prof Chamhuri Siwar, Universiti Kebangsaan Malaysia, Dati