Mereka yang terpilih ialah Mohd Shah Hanif Paiman, Nor Fursan Selamat, Mohd Fazli Mohd Shaar, Akmal Suweto yang mengikuti kursus Pembantu Juruteknik Sistem Komputer Tahap 2 manakala Nurazua Mohd Yusof dan Qannah Mahfudz mengikuti kursus Pembantu Tadbir Sistem Maklumat Tahap 2 mulai Februari sehingga Ogos 2005.
YBK memperuntukan sejumlah RM30,000 iaitu RM5,000 bagi setiap pelajar untuk membiayai yuran pembelajaran mereka di ITMY Banting melalui Program Peningkatan Pendapatan Isi Rumah YBK di bawah peruntukan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLBW).