Kelana Jaya, 3/6/2004 - Kejayaan YBK melaksanakan program pembasmian kemiskinannya telah berjaya menarik pelawat-pelawat dari dalam dan luar negara.  Kali,ini seramai lapan orang pegawai dari Bangladesh yang mengadakan lawatan sambil belajar di Malaysia. Sempena dengan lawatan tersebut, mereka  telah mengambil kesempatan melawat YBK.

Lawatan ini bertujuan untuk menimba pengalaman Malaysia dalam memberikan perkhidmatan kepada rakyat khususnya yang berkaitan pembangunan wanita dalam sektor ekonomi. untuk bersama-sama membincangkan pengalaman negara mereka dalam program pembasmian kemiskinan.