Majlis iuni telah dimeriahkan dengan kehadiran tetamu kehormat, Datin Seri Endon Mahmod mewakili Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi. Penganjuran majlis ini bertujuan merai dan menyampaikan penghargaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat membantu YBK dalam usaha prmbasmian kemiskinannya seperti agensi/jabatan kerajaan, korporat, swasta dan orang perseorangan.
Para tetamu telah dihiburkan dengan persembahan pentas oleh peserta program YBK yang terdiri daripada pelajar-pelajar Asrama Kasih YBK, Pusat Latihan YBK, Institut Teknologi Komuniti YBK dan lain-lain. Di majlis ini juga telah dilancarkan Laman Web YBK dengan rasminya.