KELANA JAYA, 29 Oktober 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menerima kehadiran enam orang mahasiswi daripada Program Kerja Sosial, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM.

Objektif lawatan akademik ini adalah untuk mendapatkan maklumat berkenaan peranan YBK selaku NGO yang aktif dalam program sosial bersama komuniti, khususnya dalam bidang pembasmian kemiskinan dan membina kesejahteraan. Lawatan ini merupakan sebahagian daripada tugasan akademik di bawah subjek Tingkah Laku Manusia dan Persekitaran Sosial.

Sesi taklimat berkenaan YBK telah disampaikan oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK) yang turut berkongsi pengalaman beliau dalam bidang kerja sosial dan menjawab pertanyaan yang diajukan. Turut bersama dalam sesi adalah Puan Halimaton Saadiah (Pengurus Pendidikan, Modal Insan dan Penyelidikan), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam) dan Puan Nur Dianah Zakaria (Penolong Timbalan Pengurus, Pentadbiran dan Pengurusan Sumber Manusia).

Para mahasiswi ini turut berkesempatan bertemu dan beramah mesra bersama YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom, Pengerusi YBK yang hadir di Ibu Pejabat YBK.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


UKM FACULTY OF SOCIAL SCIENCES STUDENTS UNDERTAKE ACADEMIC VISIT TO YBK

KELANA JAYA, 29 October 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) welcomed six female students from the Social Work Programme, Faculty of Social Sciences and Humanities, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), today.

The objective of this academic visit was to gain insights into YBK’s role as an NGO actively involved in community-based social programmes, particularly in poverty eradication and building well-being. The visit formed part of an academic assignment for the Human Behaviour and Social Environment course.

A briefing on YBK was delivered by Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK, who also shared his experiences in the field of social work and answered questions from the students. Also present during the session were Puan Halimaton Saadiah, Manager of Education, Human Capital and Research; Encik Audi Faliq Ibrahim, Media and Public Relations Manager; and Puan Nur Dianah Zakaria, Assistant Deputy Manager of Administration and Human Resource Management.

The students also had the opportunity to meet and interact with YBhg. Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom, Chairman of YBK, who was present at YBK’s headquarters.