KELANA JAYA, 16 Julai 2026 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) hari ini telah menganjurkan kursus dalaman bertajuk 'Pengurusan Fail dan Dokumentasi' kepada para karyawan yang terdiri daripada Ketua-Ketua Jabatan serta wakil outlet.
Kursus telah disampaikan oleh penceramah jemputan, Encik Dahlan Ismail Abu Bakar yang merupakan Timbalan Pengarah (Pentadbiran dan Pembangunan Pelajar) dari Pusat Kokurikulum Dan Pembangunan Pelajar Universiti Putra Malaysia.
Sepanjang sesi kursus selama setengah hari, para karyawan yang hadir telah dibimbing dengan amalan pengurusan fail dan dokumentasi secara sistematik termasuk kaedah membuka, mengawal dan menutup fail, klasifikasi fail, penyediaan nombor siri rujukan, serta tatacara mengikut piawai 'Panduan Pengurusan Rekod Sektor Awam' oleh Arkib Negara Malaysia.
Ilmu dan bimbingan yang diperoleh daripada kursus ini akan dijadikan panduan bagi menambah baik prosedur dan amalan pengurusan fail di setiap peringkat jabatan dan juga outlet.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
FILE AND DOCUMENTATION MANAGEMENT COURSE
KELANA JAYA, 16 July 2026 – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) today organized an in-house training course titled "File and Documentation Management" for its staff, comprising Heads of Departments and representatives from YBK's various outlets.
The course was delivered by invited speaker Mr. Dahlan Ismail Abu Bakar, Deputy Director (Administration and Student Development) at the Centre for Co-Curriculum and Student Development, Universiti Putra Malaysia (UPM).
During the half-day session, participants were guided through systematic file and documentation management practices, including procedures for opening, maintaining, and closing files, file classification, the preparation of reference serial numbers, and records management procedures in accordance with the Public Sector Records Management Guidelines issued by the National Archives of Malaysia.
The knowledge and practical guidance gained from the course will serve as a reference for improving file management procedures and documentation practices across all YBK departments and operational outlets.