KUALA LUMPUR, 24 Jun 2026 - Program Latihan Jahitan anjuran bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), AfSM Sewtech Technology Academy dengan kerjasama Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI) telah melaksanakan sesi pertamanya dengan aktiviti suai kenal dan Motivasi NLP.
Untuk sesi pertama ini, para peserta yang terdiri daripada komuniti PA Desa Rejang telah melalui proses suai kenal dan juga mendengar perkongsian motivasi Neuro Linguistic Programming (NLP) yang disampaikan oleh Encik Zulhairy Jalaluddin, ALPA YBK merangkap Jurulatih NLP bertauliah YBK. Para peserta juga telah diberi taklimat perjalanan dan proses program latihan oleh tenaga pengajar dari AfSM Sewtech Technology Academy merangkumi modul-modul yang akan diajar dan juga perkara-perkara berkaitan.
Turut hadir, Encik Rosali bin Mat Nasir (Pengerusi PERJATI), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Pengurus Pentadbiran, Pengurus Media dan Perhubungan Awam dan wakil-wakil YBK dan PERJATI. Program latihan ini akan dilaksanakan secara mingguan sehingga peserta berjaya menguasai modul-modul pembelajaran dan melaksanakan projek-projek jahitan.
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
INAUGURAL SEWING TRAINING SESSION WITH THE DESA REJANG PUBLIC HOUSING COMMUNITY
KUALA LUMPUR, 24 June 2026 – The Sewing Training Program, jointly organized by Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Yayasan Bina Kesejahteraan (YBCare), and AfSM Sewtech Technology Academy, in collaboration with the Persatuan Kebajikan Insan Istimewa Jati Diri (PERJATI), held its inaugural session featuring an ice-breaking activity and a Neuro-Linguistic Programming (NLP) Motivation session.
During the first session, participants from the Desa Rejang Public Housing (PA Desa Rejang) community took part in introductory activities and attended an NLP motivational sharing session delivered by Mr. Zulhairy Jalaluddin, a Member of the YBK Board of Trustees (ALPA) and a YBK Certified NLP Trainer. Participants also received a briefing from instructors of AfSM Sewtech Technology Academy on the structure and implementation of the training program, including the learning modules to be covered and other related matters.
Also present were Mr. Rosali bin Mat Nasir (Chairman of PERJATI), Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of YBK), the Administration Manager, the Media and Public Relations Manager, as well as representatives from YBK and PERJATI.
The training program will be conducted on a weekly basis until participants have successfully mastered the learning modules and completed their sewing projects.