KLANG, 6 November 2025 - Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) telah mengadakan kunjungan hormat ke TERAS Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd.
Delegasi YBK yang diketuai oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz telah disambut oleh Encik Mohd Hasnul Redza Abdul Rahim (Ketua Pegawai Eksekutif TERAS) dan seterusnya diberikan taklimat berkenaan program latihan kemahiran yang diselia oleh TERAS dan juga perkhidmatan oleh TERAS.
Difahamkan pihak TERAS menyediakan kursus jahitan pakaian dengan tenaga pengajar berpengalaman di samping fasiliti lengkap yang boleh dimanfaatkan. Juga, pihak TERAS sedia bekerjasama dalam program-program komuniti seperti 'Back To School' dan Jualan Rahmah MADANI bersama YBK, yang akan diperincikan di peringkat pengurusan.
Turut memberikan taklimat adalah Puan Fasihah Mat Radzi (Pengurus Sektor Pembangunan Perniagaan TERAS), Puan Nor Liza Abdul Manan (Pemangku Pengurus, Sektor Perkhidmatan Jahitan). Hadir dari pihak YBK adalah Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK), Puan Halimaton Saadiah (Pengurus Pendidikan YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Cik Nurshafiqah Sunazman (Pegawai Media YBK), dan Cik Nur Dianah Zakaria (Pegawai Pentadbiran YBK).
Delegasi YBK turut dibawa melawat kemudahan bilik latihan, bengkel jahitan dengan contoh-contoh produk jahitan, dan gudang barangan makanan TERAS.