KUALA TERENGGANU, 4 November 2025 - Lokasi terakhir lawatan delegasi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) adalah ke Projek Akuaponik Kos Rendah Komuniti@UniMADANI seliaan UMT - Universiti Malaysia Terengganu yang terletak di Kampung Mengabang Telong.

Dr. Norhidayah Abd Manan, pakar teknologi pertanian hijau UMT merangkap Ketua Projek telah memberikan taklimat latar belakang dan teknikal projek kepada YBhg. Dato' Haji Zainal Abidin Sakom (Pengerusi YBK) dan para hadirin.

Keunikan projek akuaponik ini adalah air daripada ternakan ikan dialirkan kepada tanaman sebagai baja kerana air ini kaya dengan nutrisi yang diperlukan tanaman sebagaimana kaedah pembajaan konvensional. Kolam ternakan dan tanaman ini terletak dalam ruang laman Masjid Kampung Mengabang Telong, dan diuruskan oleh komuniti setempat.

Turut bersama adalah YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Penasihat Pentadbiran YBK), Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar YBK), Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran YBK), Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK), Encik Raedi Faris Mazli (Pengurus FELDA Neram Satu), Puan Nurhasmira Abu Hassan (Penolong Pendaftar - Bahagian Pemindahan Ilmu UMT), Puan Amyra Suryatie Kamaruzzan (Pegawai Sains Institut Akuakultur dan Perikanan Tropika UMT), serta wakil komuniti setempat.