HULU LANGAT, 22 Ogos 2025 – Program Ziarah Kasih telah dilaksanakan di Taman Sri Nanding, Hulu Langat iaitu aktiviti menyantuni keluarga asnaf dengan pemberian sumbangan bakul makanan dan barangan keperluan diri.

Program ini adalah bersempena sambutan Hari Kebangsaan Malaysia Ke-68 dengan kerjasama erat antara Sukarelawan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Taman Sri Nanding, YADIM Selangor, Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding, IKES Nanding, serta Surau Al Munir Taman Sri Nanding. Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) turut serta dalam program ini dengan menyumbang bakul makanan dan pek lampin dewasa.

Kehadiran daripada YBK diketuai oleh Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz selaku Pengurus Besar YBK merangkap Yang Dipertua Persatuan Penduduk Taman Sri Nanding, bersama Ustaz Syaiful Akmal Addanan (Pengurus Pentadbiran dan Sumber Manusia YBK), serta Encik Audi Faliq Ibrahim (Pengurus Media dan Perhubungan Awam YBK).

Program Ziarah Kasih ini bukan sahaja memberi manfaat kepada keluarga asnaf yang disantuni, malah turut mengeratkan hubungan silaturahim antara masyarakat setempat dan sukarelawan. Semoga usaha kecil ini terus menyemarakkan nilai kasih sayang, kepedulian dan perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia.


Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan


 YBK JOINS ZIARAH KASIH PROGRAM

HULU LANGAT, 22 August 2025 – The Ziarah Kasih program was carried out in Taman Sri Nanding, Hulu Langat, as an initiative to reach out and support asnaf families through the distribution of food baskets and essential personal items.

The program was held in conjunction with Malaysia’s 68th National Day celebration, through close collaboration between Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Volunteers from Taman Sri Nanding, YADIM Selangor, the Taman Sri Nanding Residents’ Association, IKES Nanding, and Surau Al Munir Taman Sri Nanding. Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) also participated in the program by contributing food baskets and adult diapers.

The YBK delegation was led by Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, General Manager of YBK and President of the Taman Sri Nanding Residents’ Association, along with Ustaz Syaiful Akmal Addanan (YBK Administration & Human Resources Manager), and Mr. Audi Faliq Ibrahim (YBK Media & Public Relations Manager).

The Ziarah Kasih program not only benefited the asnaf families who received assistance but also strengthened the bonds of unity between the local community and volunteers. May this small effort continue to ignite values of compassion, care, and unity among Malaysians.