PUTRAJAYA, 21 Mei 2025 – Jawatankuasa Urusetia Forum Ekonomi Wanita ASEAN (WEF ASEAN 2025) hari ini telah mengadakan kunjung hormat ke atas Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, di pejabat beliau di Putrajaya.
Objektif kunjung hormat ini adalah untuk memperkenalkan program WEF ASEAN 2025 serta memajukan jemputan rasmi kepada YB Timbalan Menteri. Pertemuan ini turut menjadi platform untuk membincangkan potensi kerjasama dan bidang-bidang yang berkepentingan bersama dalam memperkasakan penyertaan wanita dalam pembangunan ekonomi di peringkat nasional dan serantau.
Delegasi telah diketuai oleh YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Presiden WEF ASEAN 2025, dan disertai oleh Ms. Shikha Kedia Bharadwaj (Penasihat Program WEF ASEAN 2025) dan Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan – YBK).
WEF ASEAN 2025 dijangka menghimpunkan pemimpin wanita, usahawan dan pembuat dasar dari seluruh ASEAN dan antarabangsa, dengan matlamat mempromosikan pertumbuhan inklusif dan kesaksamaan gender melalui dialog strategik dan jalinan kerjasama.
YBK adalah penganjur bersama WEF ASEAN 2025
Gambar: Facebook Yayasan Basmi Kemiskinan
PUTRAJAYA, 21 May 2025 – The Organising Committee of the ASEAN Women Economic Forum (WEF ASEAN 2025) today paid a courtesy visit to the Deputy Minister of Women, Family and Community Development, YB Datuk Seri Dr. Noraini binti Ahmad, at her office in Putrajaya.
The objective of the visit was to introduce the WEF ASEAN 2025 programme and to extend an official invitation to the Deputy Minister. The meeting also served as a platform to discuss potential collaboration and mutual areas of interest in empowering women’s participation in economic development at both national and regional levels.
The delegation was led by YBhg. Datin Dr. Hajah Hartini Osman, President of WEF ASEAN 2025, and included Ms. Shikha Kedia Bharadwaj (Programme Advisor, WEF ASEAN 2025) and Mr. Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz (General Manager of Yayasan Basmi Kemiskinan – YBK).
WEF ASEAN 2025 is expected to gather women leaders, entrepreneurs, and policymakers from across ASEAN and beyond, with the aim of promoting inclusive growth and gender equality through strategic dialogue and collaborative engagement.
YBK is the co-organiser of WEF ASEAN 2025.