"WANITA SEJAHTERA WARISAN CEMERLANG"
![]()
Program Saringan Kesihatan Reproduktif Wanita di kampung-kampung tradisional di Negeri Selangor adalah program meningkatkan kesedaran kesihatan reproduktif dikalangan wanita luar bandar. Ia akan dilaksanakan oleh Yayasan Basmi Kemiskinan Selangor dengan kerjasama doktor, Pejabat Kesihatan Daerah, Klinik Kesihatan Daerah dan tenaga sukarelawan YBK. Disamping itu YBK juga akan menyediakan Laporan Profil Kesihatan Reproduktif Wanita untuk rujukan pihak Lembaga Penduduk Dan Pembangunan Negara bagi kawasan yang diliputi program.
OBJEKTIF
1. Memberi kesedaran, maklumat dan pemeriksaan kesihatan kepada golongan wanita di dalam menangani penyakit yang berisiko tinggi seperti barah payudara, pangkal rahim, jantung, diabetis dan darah tinggi.
2. Membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar kematian di kalangan penduduk wanita yang menghidap barah, khususnya barah payudara dan barah pangkal rahim.
3. Menekankan kepentingan cara hidup sihat, khususnya dikalangan golongan wanita yang bakal melahir dan membina generasi masa depan Negara dan
4. Membangunkan pangkalan data profil kesihatan penduduk wanita yang disaring.
KOMPONEN
YBK akan memilih kampung tradisional di setiap daerah di negeri Selangor untuk menjayakan program ini. Kampung-kampung ini akan ditentukan kelak oleh YBK dan Sukarelawan YBK. Anggaran peserta seramai 900 orang (100 orang peserta setiap program).
1. Pemeriksaan kesihatan am – pemeriksaan tekanan darah, paras gula dalam darah, paras kolesterol dan pemeriksaan ‘body mass index’
2. Pemeriksaan kanser rahim kalangan suri rumah yang berumahtangga.
SASARAN
1. Program Saringan dan Profil Kesihatan Wanita akan dilaksanakan oleh YBK dengan kerjasama klinik swasta, agensi-agensi kerajaan dan sukarelawan YBK. Program ini mengandungi sessi pemeriksaan kesihatan umum, pemeriksaan dan saringan kanser payudara dan kanser servik, kaunseling kesihatan
2. Pameran dan taklimat penyakit kanser, diabetis, darah tinggi dan kesihatan umum kesihatan juga dirancang untuk mempromosikan amalan gaya hidup yang sihat dan meningkatkan kesedaran kepada kaum wanita berhubung penjagaan kesihatan dan bahaya penyakit barah.
3. Dengan promosi/ publisiti/ hebahan yang sesuai golongan sasar dijemput menghadiri sesi pemeriksaan kesihatan pada tarikh tempat yang akan ditentukan. Dalam sesi pemeriksaan setiap peserta akan melalui proses pemeriksaan kesihatan oleh doktor yang bertauliah. Di samping mengesan tanda-tanda awal penyakit barah, khususnya barah payudara dan barah pangkal rahim, program ini akan membangunkan pangkalan data profil kesihatan penduduk wanita setempat untuk perancangan dan program susulan oleh agensi yang berkenaan.
FAEDAH
1. Memberi perkhidmatan kesihatan kepada golongan wanita yang berisiko tinggi;
2. meningkatkan kesedaran kepada kaum wanita berhubung penjagaan kesihatan dan bahaya penyakit barah;
3. mengesan tanda-tanda awal penyakit barah;
4. menyampaikan maklumat kesihatan dan mempromosikan amalan gaya hidup yang sihat; dan
5. membangunkan pengkalan data kesihatan penduduk wanita.





