PROGRAM SINAR KASIH RAMADHAN 1430H/2009
Rujukan : YBK/09/02/013
Tarikh : 12/5/2009
Tan Sri/Dato/Tuan/Puan,
PROGRAM SINAR KASIH RAMADHAN 1430H/2009
Dengan hormatnya saya merujuk kepada Tan Sri/Dato/Tuan/Puan berkenaan perkara diatas.
2) Sukacita dimaklumkan bahawa YBK bersama, Akhbar Harian SINAR KARANGKRAF, PIMPINAN (Persatuan Imam, Pegawai Masjid & Penolong Pendaftar Nikah Selangor) dan ASTRO OASIS sedang menjalankan Program Kasih Ramadhan 1430H/2009. Program ini bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai dan sektor koperat untuk menyumbang kewangan untuk diagihkan kepada keluarga termiskin melalui masjid terpilih seluruh negara.
3) Sumbangan atau sedekah yang dikumpulkan melalui Program SINAR KASIH RAMADAN ini akan diagihkan sebanyak RM400.00 kepada setiap keluarga termiskin terpilih untuk memenuhi keperluan berbuka dan bersahur sepanjang bulan Ramadhan yang akan datang. Dalam tahun 2002 YBK bersama PIMPINAN telah melaksanakan Program KASIH RAMADHAN 1422H dan berjaya mengumpul dan mengagihkan RM98,200.00 kepada keluarga termiskin melalui Nazir Masjid Daerah seluruh negeri Selangor.
4) Oleh yang demikian adalah diharapkan pihak Tuan dapat menyokong program SINAR KASIH RAMADAN 1430H/2009 ini dengan memberi sumbangan sekadar yang ikhlas dengan menggunakan borang yang dilampirkan.
DATO ZAINAL ABIDIN HJ SAKOM
Pengerusi