Vestibulum id urna

ZULHAIRY JALALUDDIN

Ketua Pegawai Eksekutif

Bertanggungjawab melaksanakan dan memastikan keputusan mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah YBK dilaksanakan dalam menjayakan misi dan matlamat YBK. Ini termasuklah menyiasat, memperaku dan memantau program-program sosio-ekonomi dan pendidikan yang dijalankan. Disamping itu bertanggungjawab dalam mengurus aset dan pelaburan YBK. Pernah berkhidmat sebagai tutor di Universiti Malaya (1984),  sektor swasta (1985), Kementerian Buruh (1986-1990), Jabatan Perangkaan Malaysia (1990-1995) dan Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor (1995-2000). Mula berkhidmat dengan YBK sejak tahun 2001.

Vestibulum id urna

ALIA ZAM

Eksekutif Kanan | Pentadbiran

Bertanggungjawab menyelaras pentadbiran dan program YBK termasuk urusan perjawatan, urusetia program sosio-ekonomi YBK, ICT dan perhubungan awam. Lulusan Universiti Teknologi MARA dalam bidang fotografi dan mula berkhidmat dengan YBK sejak tahun 1993.

Vestibulum id urna

ROSMAIZA MOHAMAD

Eksekutif | Pendidikan

Bertanggungjawab menyelaras program pendidikan YBK seperti Program Kumpulan Tuisyen Hujung Minggu (KUNTUM) dan Asrama Kasih YBK. Mula berkhidmat sejak tahun 1995.

ROZITA ARBAIN

Eksekutif | Kewangan

Bertanggungjawab dalam penyediaan dan dokumentasi bayaran dan perolehan YBK, di samping menyediakan laporan tahunan dan bulanan kewangan YBK mengikut ketetapan Lembaga Pemegang Amanah YBK. Mula menyertai YBK pada tahun 2004.

Vestibulum id urna

BASHARUDDIN MOHD NOR

Eksekutif | Aset

Bertanggungjawab dalam pengurusan dan penyelenggaraan aset YBK termasuk penyewaan hartanah. Menyertai YBK pada 21/11/2008. Beliau pernah berkhidmat dengan DRB-HICOM, Diversified Resources Bhd. dan Master Carriage (Malaysia) Bhd. dalam bidang audit dalaman. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan, Universiti Teknologi MARA (1997).

Afifah

WAN AFIFAH WAN NAZIMUDDIN

Eksekutif | Jabatan Pengerusi

Bertanggungjawab membantu menyelaras program Jabatan Pengerusi. Mula berkhidmat pada 20 Januari 2009. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Pentadbiran (Kepujian), Universiti Teknologi MARA (2008) dan merupakan Pengamal Bertauliah NLP daripada Akademi NLP Malaysia (2014).

Vestibulum id urna

ASUAD ISMAIL

Eksekutif | Sukarelawan

Bertanggungjawab merancang dan menyelaras program Sukarelawan YBK dan Skuad Kasih YBK (SKY), di samping pemantapan sistem Teknologi Maklumat (ICT). Mula berkhidmat sejak Julai 2009. Berkelulusan Diploma Komputer, Universiti Putra Malaysia.

Vestibulum id urna

AUDI FALIQ IBRAHIM

Eksekutif | Motivasi Pelajar

Bertanggungjawab merancang dan menyelaras Program Motivasi Kecemerlangan NLP. Mula berkhidmat sejak Ogos 2011. Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2010), dan Jurulatih Bertauliah NLP Untuk Pelajar (2015).

Vestibulum id urna

MUHD AFIQ MOHD AZMAN

Pembantu Eksekutif | Arkib & Multimedia

Bertanggungjawab mengurus arkib maklumat dan media YBK di samping melaksana rekabentuk dan pembangunan media bercetak dan elektronik. Mula berkhidmat sejak Mac 2015.

Vestibulum id urna

NORIZAN CHOLAN

Pembantu Pejabat

Bertanggungjawab membantu operasi harian ibu pejabat YBK. Ini termasuklah membantu pengurusan pejabat dalam urusan penyelenggaraan pejabat, kewangan, mesyuarat, dan pembayaran bil. Mula berkhidmat dengan YBK sejak tahun 1992.