Serendah, 14/8/2014 - Berlansungnya majlis kesyukuran serta sambutan aidilfitri YBK bagi tahun 2014. Majlis bermula pada jam 6.45 petang bagi majlis kesyukuran ulangtahun kelahiran Pengerusi YBK, Dato Zainal Abidin Sakom. Bacaan Yasin diketuai oleh Dato Pengerusi sendiri serta tazkirah sementara menunggu solat maghrib. Seterusnya Ustaz Ustaz Muhd Minalhaq Sulaiman dari Maahad Tahfiz Darul Quran, Sg Buaya mengimamkan solat maghrib serta bacaan doa selamat.

Seterusnya sambutan aidilfitri YBK bermula dimana jemputan mula mengambil tempat di dalam dewan. Walaupun hujan turun pada persiapan petang, alhamdullilah majlis sambutan aidilfitri berjalan dengan lancar. Majlis ini dimulakan dengan persembahan khas daripada ASKA Serendah, ASKA Gesir, Alunan Qasidah daripada kumpulan Raudatul Jannah serta Maahad Tahfiz Darul Quran, Sungai Buaya. Majlis juga telah menjemput Datin Hartini Osman, ALPA YBK Hj Bing Selamat Amir serta Dato Zainal Sakom memberikan sepatah dua kata didalam majlis ini.

Selain itu Dato Ali daripada Restoran Ali Maju turut serta menyampaikan sumbangan buat anank-anak Asrama Kasih. Bagi kami di YBK mengucapkan ribuan terima kasih kepada penyumbang serta para jemputan yang hadir bagi meraikan serta memeriahkan sambutan kesyukuran serta aidilfitri ini. Segala kekurangan sepanjang majlis ini berlansung kami memohon ampun dan maaf. 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;