Semporna, 5/6/2014 - Rombongan YBK yang terdiri dari 18 orang telah mengadakan lawatan kerja ke Parlimen Semporna selama 3 malam 4 hari. Rombongan YBK yang diketuai oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom turut disertai YB Mat Nazeri Dahlan ADUN Batang Kali Selangor, Lembaga Pemegang Amanah dan Lembaga Pengarah anak syarikat, pegawai dan Sukarelawan YBK.

Lawatan kerja ini adalah mememuhi jemputan Menteri Kemajuan Luar bandar Dan Wilayah Dato Seri Shafie Apdal merangkap Ahli Parlimen Semporna yang diwakili oleh Tuan Haji Razak Sakaran selaku Setiausaha Politik Menteri melihat sendiri dan mengadakan perbicangan dengan kepimpinan masyarakat Semporna untuk sebarang kerjasama yang boleh dijalinkan.

Rombongan YBK tiba di bandar Semporna pada petang 5/6/2014. Setelah sampai saja, YBK telah mengadakan perbincangan dengan pimpinan masyarakat Semporna di Pusat Pelancongan Semporna sebelah malam.

Pada jumaah 6/6/2014 pagi, pegawai YBK telah mengadakan perbincangan dengan Pegawai Pendidikan Daerah Semporna Tuan Hj Raduan Abdul Rahman bersama Encik Pairin Intang. Perjumpaan ini menjurus kepada perkongsian pengalaman YBK sebagai NGO dalam merancang dan melaksanakan program tuisyen percuma SPM (KUNTUM) sepanjang 1993-2014. Selepas itu Dato Zainal Abidin Hj Sakom telah memberikan khutah jumaat di Masjid Ar Rahman Semporna atas jemputan Pegawai Agama Daerah. Manakala sebelah petang YB Mat Nazeri Dahlan telah memberi motivasi kepada beberapa orang pelajar tuisyen SPM di bawah kelolaan UMNO Bahagian Semporna. Sebelah malam pula Dato Zainal Abidin Hj Sakom sekali menerima jemputan memberi ceramah agama di Masjid Inabah Kamal Semporna. Hampir 300 orang kalangan khariah masjid telah hadir mendengar ceramah Israk Mikraj dan memahami konsep Rukun Iman dari prespektif spiritual sebenar.

Sabtu 7/6/2014 – Rombongan YBK telah menyampaikan bantuan kepada 100 orang penerima dari kalangan keluarga miskin di Kg Kabogan yang disempornakan oleh Dato Zainal Abidin Hj Sakom yang turut dihadiri oleh YB Dato Sri Hj Nasir Tun Sakaran ADUN N35 Senalang Semporna. Pada masa yang sama YBK juga menyampaikan bantuan kepada 100 keluarga miskin di Kg Lihak-Lihak Semporna. Bantuan telah disampaikan oleh YB Mat Nazeri Dahlan yang turut dihadiri  YB Hj Razak Sakaran SU Politik Dato Seri Shafie Apdal. Selepas itu, Dato Zainal Abidn Hj Sakom dan YB Mat Nazeri Dahlan dan rombongan telah berkesempatan menyampaikan ucapan dan meraikan Pertandingan Futsal Terbuka Parlimen Semporna, Belia Kg Seloka Ampat Pulau Bum-Bum, Semporna

Sebelah petang rombongan YBK telah dibawa melawat dan bermalam di Pulau Mabul, yang sangat terkenal dengan aktiviti scuba diving. Di sana rombongan YBK berkesempatan melawat beberapa rumah keluarga miskin tegar.

Rombongan YBK akhirnya balik pada tengahari 8/6/2014

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;