BANDAR SUNWAY, 18/3/2014 - Keprihatinan tanpa mengira bangsa, Skuad Kasih YBK telah mengunjungi kediaman Puan Pearly Jeanne James bagi menyampaikan sumbangan ehsan. Puan Jeanne sebelum ini telah hadir ke Pejabat YBK untuk memaklumkan masalah yang dihadapi di samping mencari langkah terbaik. Beliau dalam proses mencari kerja manakala suami tidak mempunyai kerja tetap dan perlu menyara anak seramai 6 orang. Pendapatan yang tidak tetap menyukarkan beliau memasukkan anak ke sekolah.

Dalam masa yang sama, Skuad Kasih YBK diberitahu bahawa beliau telah membuat permohonan rasmi kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat untuk bantuan dan kini sedang dalam proses. YBK bersetuju untuk memberi sumbangan ehsan bagi memudahkan urusan seharian beliau. YBK juga mengemukakan surat kepada Pegawai Kebajikan Daerah Petaling Puan Sunawi bt Masturi, memohon Jabatan mempertimbangkan masalah dan membantu Puan Peraly James.    

Diharapkan sumbangan yang diberi dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan menjadi satu manifestasi keprihatinan YBK tanpa mengira bangsa dan agama.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;