30 April 2013, Serendah : Majlis penyampaian sijil pendaftaran Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kepada Asrama Kasih Yayasan Basmi Kemiskinan Serendah telahย  diadakan di Asrama Kasih YBK Serendah.

Sijil telah disampaikan oleh Pengarah JKM Negeri Selangor iaitu Tuan Nik Omar Bin Nik Ab Rahman kepada yang berbahagia Dato` Hj Zainal Abidin Bin Sakom Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan.

Majlis turut dihadiri oleh tuan Hj Bing Selamat Bin Amir ALPA YBK, Datin Hartini Binti Othman Pengerusi Asrama Kasih, Encik Zulhairi Bin Jalaludin Ketua Pegawai Eksekutif YBK, manakala wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat ialah Puan Maznah Bt Othman Pegawai Kebajikan Hulu Selangor, Puan Maiza Bt Ismail Penolong Pegawai Kebajikan Daerah Hulu Selangor dan Encik Zulkifli Bin Mustafa Penolong Pegawai Kebajikan Hulu Selangor.

Pendaftaran Asrama Kasih di bawah JKM telah sempurna dilaksanakan setelah 18 tahun Asrama Kasih ditubuhkan. Ini adalah satu usaha yang baik kerana Asrama Kasih perlu didaftarkan di bawah JKM sebagai pusat jagaan yang sah.

Semoga dengan jalinan yang baik antara JKM dan Asrama Kasih YBK Serendah dapat membina perpaduan masyarakat yang utuh, makmur dan sejahtera.