YAB Tan SriΒ  Muhammad Muhd Taib, Menteri Besar Selangor telah menyampaikan surat tawaran dan kunci rumah bantuan kepada kepada 14 peserta Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai (Fasa I) dan melancarkan upacara Pecah Tanah Fasa 11 bagi mendirikan 26 unit rumah.

Desa Kasih Batu 2 Tebuk Pulai terletak di Batu 2 Tebuk Pulai Sabak Bernam. Kawasan perumahan penempatan keluarga termiskin ini mempunyai keluasan kawasan seluas 4.16 ekar. Desa Kasih ini dibangunkan pada bulan Sept 1996 dengan 61 unit rumah dengan keluasan setiap rumah 20' x 25. Jumlah kos pembangunan pada keseluruhan berjumlah RM372,000.00.