Asrama Kasih Serendah - Buat pertama kalinya, seramai 30 orang ahli Koperasi Petronas (KOPETRO) membuat lawatan ke Asrama Kasih YBK yang menempatkan 145 orang pelajar dari keluarga kurang berkemampuan yang terdiri daripada  tingkatan satu hingga tingkatan lima. Lawatan KOPETRO ini diketuai oleh Naib Presiden KOPETRO, Zaidan Abdul Hadi

Ahli rombongan telah dibawa melawat kepersekitaran asrama dan beramah mesra dengan pelajar-pelajar selepas taklimat  Asrama Kasih yang telah disampaikan oleh Pengerusi Asrama Kasih, Datin Hartini Osman. Di majlis yang sama juga diadakan majlis Perlantikan Pengawas Asrama Kasih 2006 kepada 20 orang pelajar yang telah disempurnakan oleh Pengerusi YBK, Dato’ Haji Zainal Abidin Sakom.

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;