KUALA LUMPUR, 10 Februari 2018 -Ā Program Santuni Gelandangan bersama Masjid Jamek Sultan Abdul Samad Kuala Lumpur telah dijalankan seperti biasa pada minggu ini. Program pada setiap hari Sabtu ini, menyedia serta mengedarkan 200 pek sarapan pagi berserta minumanĀ kepada rakan-rakan jalanan di sekitar masjid.

Minggu ini, tajaan pekĀ sarapan dan minuman adalahĀ daripada Dato' Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK.Ā  Edaran dilaksanakan selepas solat Subuh. Kehadiran Dato dan Datin yang turut serta menyedia serta mengedar pek makanan sehingga program selesai.

Terima kasih kepada semua yang turut serta membantu dalam program ini. Untuk sahabat YBK yang ingin turut serta menaja atau menyumbang kepadaĀ 'Laman Amal' ini, bolehlah berhubung dengan Asuad di talian 012-617 4051Ā atau 03-7875 0036.