KUALA LUMPUR, 13 Januari 2018 - Program Santuni Gelandangan diteruskan pada minggu ini di Masjid Jamek Sultan Abdul Samad. YBK menyediakan sarapan pagi untuk diedarkan kepada rakan-rakan jalanan. Untuk minggu ini, sarapan adalah ditaja oleh Tuan Haji Tamin daripada YBKU Group.

YBK mengalu-alukan tajaan daripada orang awam untuk program ini yang diadakan pada setiap hari Sabtu. Untuk pertanyaan lanjut dan menyumbang, boleh menghubungi saudara Asuad Ismail di talian pejabat 03 7875 0036 atau 012 617 4051.