29 Mei , Batang Kali – Objektif utama program saringan kesihatan reproduktif wanita ini merupakan satu program meningkatkan kesedaran kesihatan reproduktif di kalangan wanita luar bandar dan perkampungan tradisional. Program ini dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat  dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Daerah Hulu Selangor, LPPKN Selangor & Sukarelawan YBK.

Objektif penganjuran program ini ialah untuk:

  1. Memberi kesedaran, maklumat dan pemeriksaan kesihatan percuma kepada golongan wanita dalam menangani  penyakit berisiko tinggi
  2. Membantu kerajaan dalam mengurangkan kadar kematian di khalayak wanita yang menghidap barah khususnya barah payudara dan pangkal rahim
  3. Menekankan kepentingan cara hidup sihat khususnya di kalangan wanita yang bakal melahirkan dan membina generasi masa hadapan.

Program saringan kesihatan ke-2 ini telah dijalankan di pejabat YBK Batang Kali dirasmikan oleh Presiden Majlis Jaksa Pendamai Selangor Dato Mahamad Fathil Dato Mahmood.

Seramai 80 orang wanita menjalankan pemeriksaan saringan kesihatan seperti pemeriksaan payudara, ‘Pap Smear’, Tekanan Darah, Glukos, kesihatan am dan berat badan unggul. Selain itu terdapat pelbagai sesi ceramah kesihatan yang dijalankan oleh Pusat Kesihatan Batang Kali.

Kami di YBK mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada Pegawai dan Kakitangan Kesihatan Daerah Hulu Selangor serta Pegawai dan Kakitangan LPPKN Negeri Selangor kerana kerjasama dan bantuan yang dihulurkan dalam menjayakan program saringan ini.