SERENDAH, 10 April 2015 - ICU Selangor bersama Angkatan Tentera Malaysia, CIDB, Akademi Binaan Malaysia, dan Majlis Belia Daerah Hulu Selangor telah mengadakan lawatan tapak ke Asrama Kasih YBK Serendah. Asrama ini menempatkan 140 orang pelajar yatim dan piatu serta dari anak keluarga miskin yang dibiayai oleh YBK.

Lawatan ini bertujuan menyelaras aktiviti gotong-royong di kalangan agensi kerajaan dan kerja membaik pulih asrama iaitu mengecat semula pagar dan bangunan asrama pelajar, pentas dan wakaf pelajar, baik pulih asrama dan kantin yang diketuai dan dibiayai oleh ICU Selangor.

Pendekatan 'Blue Ocean' yang dipelopori ICU Selangor ini dikatakan dapat menjimatkan kos kerajaan membiayai penyelenggaraan kemudahan awam asrama YBK berbanding pendekatan konvensional iaitu memberi kerja kepada kontraktor secara tender atau rundingan. Encik Mohd Razali Wahab, Timbalan Pegawai Kemajuan Negeri (Pembangunan) ICU Selangor hadir dalam aktiviti lawatan tapak ini.

 

GERBANG KARYAWAN YBK

HUBUNGI KAMI

YAYASAN BASMI KEMISKINAN
No. 32 & 34, Jalan SS7/24,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

TEL : +60 (3) 7875 0036
E-MEL : ybk@ybk.org.my

Ikuti YBK di Media Sosial ;