| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan |
 

Menu

 

Program Sinar Kasih Ramadhan 1431H/ 2010

PENGENALAN

    • Program Sinar Kasih Ramadhan ini merupakan program meningkatkan kesedaran di kalangan orang ramai dan sektor korporat untuk memberi sedekah kepada keluarga miskin yang terpilih di seluruh negara. Sedekah yang diserahkan kepada YBK akan diagihkan kepada keluarga termiskin berdasarkan keperluan Pendapatan Garis Kemiskinan (Miskin) iaitu RM430.00 sebulan.

 

    • Konsep program ini adalah untuk menyediakan keperluaan makanan berbuka dan bersahur berjumlah RM430 untuk diagihkan bagi setiap keluarga sepanjang Bulan Ramadhan.

KUMPULAN SASARAN

    • Keluarga yang tergolong dalam kategori miskin tegar dengan ahli isi rumah berjumah 5 orang dengan pendapatan RM430.
    • Dipilih daripada seluruh negara yang disenari pendek oleh Jawatankuasa Siasatan & Penilai Kes Yayasan Basmi Kemiskinan.

 

OBJEKTIF PROGRAM

    • Usaha bersepadu untuk mendidik, menggerak dan meningkatkan kesedaran masyarakat Islam terhadap  amalan bersedekah.
    • Untuk menyediakan keperluan asas pada kadar mencukupi sepanjang bulan Ramadan untuk golongan fakir miskin.

KAEDAH PENILAIAN SUMBANGAN

    • Dinilai berdasarkan Statistik Paris Garis Kemiskinan 2007 daripada Jabatan Perangkaan.

Figure 1 - Pendapatan Garis Kemiskinan 2007


Kawasan

Miskin

Miskin Tegar

Isi Rumah (RM)

Per Kapita (RM)

Isi Rumah
(RM)

Per Kapita

Semenanjung

720

156

430

93

Sabah

960

208

540

117

Sarawak

830

180

520

113

    • Perbelanjaan minimum bagi komponen makanan untuk satu keluarga 5 ahli isi rumah adalah berasaskan keperluan kalori sebanyak 9,910 kcal sehari.
    • Bilangan kalori ini dibahagikan kepada beberapa jenis kumpulan makanan iaitu Karbohidrat (55%), Protein (15%) dan Lemak (30%) yang diperlukan untuk memenuhi keperluan asas tubuh badan. Senarai keperluan minima makanan harian setiap keluarga adalah seperti jadual berikut :

Keterangan

Jumlah Keperluan IR Sehari (gm)

Beras

900.0

Tepung Gandum

216.0

Biskut - Tawar

135.0

Roti Putih

200.0

Ikan

400.0

Ikan Bilis

72

Susu Tepung Penuh Krim

179.2

 Telur Ayam

5.0

 Minyak Masak

220.0

 Marjerin - Planta

75.0

 Buah (Betik)

600.0

 Sayur Berdaun Hijau

100.0

 Kacang (Tempe, Dal)

256.5

 Protin (Tauhu)

600.0

 Gula Putih

100.0

 Minuman Bijiran

28.0

           
Kaedah sumbangan

  • Penderma boleh menyumbangkan wang tunai mengikut agihan RM 430 bagi setiap keluarga kepada YBK untuk menampung keperluan makanan minimum sepanjang bulan Ramadhan iaitu  Beras (27.0 kg), Tepung Gandum (6.5 kg), Biskut (4.1 kg), Susu Tepung Penuh Krim (5.4 kg), Minyak Masak (6.6 kg),  Marjerin (6.6 kg), Gula Putih (3.0 kg). Penderma juga boleh memberi sumbangan lebih daripada satu keluarga.
  • Sumbangan melalui cek boleh diserahkan atas nama ‘YAYASAN BASMI KEMISKINAN’
  • Penyumbang juga boleh memberi sumbangan melalui Tabung Sinar Kasih Ramadhan yang disediakan di premis yang sesuai dan strategik.
  • Sumbangan juga boleh dibayar terus ke dalam akaun YBK Bank Islam Malaysia Berhad – No Akaun 12038010002132 dan faxkan slip bayaran ke YBK No Fax 03-78730719

Bagaimana ingin mendapatkan info lanjut mengenai program Sinar Kasih Ramadhan 1431H/2010 dan aktiviti Yayasan Basmi Kemiskinan?

No. Tel           : 03-7875 0036 / 03-78750382
Faks                : 03-78750719
NO. HP          : 012-3491075 (Norlida)
                           013-9630100 (Wan Afifah)
Laman Web: www.ybk.org.my
Facebook    : YAYASAN BASMI KEMISKINAN
Email              : norlida@ybk.org.my
                         

Barangsiapa menjamu seseorang yang berpuasa untuk berbuka puasa, maka perbuatannya yang baik itu menyebabkan dia diampunkan dosanya dan menjadi penebus dirinya dari neraka dan dia pula mendapatpahala seperti pahala orang yang berpuasa yang dijamu itu dengan tidak mengurangkan pahalanya walau sedikit pun.
( Hadis dari Ibnu Khuzaimah )

 

YBK Team Development @ copyright