| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Menu Utama

 

YBK fail rayuan batal keputusan pentadbir tanah - 25/2/2010 (www.bharian.com.my)

SHAH ALAM: Permodalan YBK Sdn Bhd (Permodalan YBK) memfailkan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini hari ini untuk membatalkan keputusan Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor kerana mendakwa agensi kerajaan negeri itu gagal mematuhi peruntukan undang-undang dalam dua tindakannya.

Rayuan itu dibuat bagi membatalkan keputusan melucut hak empat bidang tanah milik Permodalan YBK mengikut Seksyen 100 Kanun Tanah Negara 1965 menerusi satu perintah yang dimaklumkan melalui notis bertarikh 2 Februari lalu.

Ia juga bagi membatalkan keputusan menolak dan mengembalikan bayaran berkaitan percukaian tanah bagi tanah itu dan empat bidang tanah lain Permodalan YBK menerusi satu surat bertarikh 3 Februari lalu.

Rayuan itu difailkan menerusi Peguambela dan Peguamcaranya, The Chambers of Kamarul Hisham & Hasnal Rezua atas kesedaran betapa maruah Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan anak syarikatnya dipelihara dan mendapat keadilan sewajarnya.

Pengerusi Eksekutif Permodalan YBK, Datuk Zainal Abidin Sakom, percaya tindakan kerajaan negeri dan agensinya menyebabkan syarikat kehilangan sebahagian asetnya yang selama ini menjadi satu sumber bagi menguruskan kegiatan kebajikan terutama dalam menghapuskan kemiskinan tegar di Selangor.

Katanya, Pentadbir Tanah Daerah Hulu Selangor tidak menjalankan kuasa dan budi bicaranya sendiri seperti diperuntukkan mengikut Kanun Tanah Negara, sebaliknya melepaskan kuasa dan budi bicara itu kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor iaitu satu pihak yang tidak ada kuasa di bawah akta sama.

"Melalui rayuan ini, kami akan mendedahkan bagaimana keputusan yang dicabar ini dibuat secara penyalahgunaan kuasa dan mala fide oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor.

"Dengan memfailkan rayuan ini, kami yakin keadilan akan dicapai terhadap segala penganiayaan ke atas YBK dan anak syarikatnya berikutan keputusan yang diambil oleh kerajaan negeri dan agensinya," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau mendakwa kerajaan negeri mengambil tindakan ke atas tanah milik Permodalan YBK atas motif politik berikutan keengganan YBK sebelum ini mematuhi keputusan Exco Selangor supaya yayasan itu distruktur semula.

 

YBK Team Development @ copyright