| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Arkib Berita 2010

 

Pameran YBK Bagi Program "Juara Rakyat" di Bukit Sentosa, Rawang- 8/1/2010

Bukit Sentosa - YBK telah membuka gerai pameran semasa berlangsungnya program "Juara Rakyat". Objektif utama pameran ini adalah untuk memperkenalkan YBK secara lebih dekat kepada masyarakat.

Pameran ini disertai oleh beberapa bahagian dalam YBK seperti Pusat Latihan YBK Kuala Selangor, Akademi Kemahiran YBK Lembah Bernam, Asrama Kasih YBK, KUNTUM, Sukarelawan YBK serta Permodalan YBK Sdn. Bhd.

Sepanjang pameran ini berlansung sambutan terhadap gerai YBK amat menggalakkan. Pelbagai lapisan masyarakat memenuhi ruang pameran untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang aktiviti, pendidikan, latihan serta isu-isu terkini mengenai YBK. Secara keseluruhannya pameran ini berjaya dalam memperkenalkan YBK kepada masyarakat setempat khususnya.

 

 

YBK Team Development @ copyright