Kasih Ramadhan 1430H - Shaari bin Awang, 9/6/2009
9 Jun 2009, Kuala Ketil - Shaari bin Awang, 82 tahun telah berjasa membesarkan 9 orang anak sebelum ini. Namun di akhir usianya anak-anak yang dibesarkan tidak mampu menjaganya. Bertemankan seorang anak yang masih bersekolah dalam tingkatan 5 dan seorang anak yang bekerja sebagai pekerja am di kedai tayar, mereka hidup dalam serba kedaifan. Ditambah pula keadaannya yang sejak kebelakangan ini tidak siuman (nyanyuk).
Dalam keadaan beliau memerlukan kasih sayang, isterinya pula meninggalkan beliau kerana keuzuran. Sebelum ini beliau dijaga oleh anak perempuannya yang bisu dan pekak. Walau bagaimanapun dia telah meninggal dunia tahun lepas. Kadang-kadang kehidupannya bergantung kepada makan minum ehsan dan dibantu oleh jiran tetangga.
Itulah serba sedikit kisah kehidupan seorang warga tua di Kuala Ketil. Beliau tidak mendapat sebarang bantuan dari mana-mana agensi kerajaan termasuk Jabatan kebajikan Masyarakat. Rombongan YBK telah memberi sumbangan makanan asas seperti beras yang bernilai RM300.00 dan wang tuna RM150.00
|