Menu Utama

 

 

Kasih Ramadhan 1430H - Norsiah bt Johari, 8/6/2009

8 Jun 2009, Kangar - Norsiah bt Johari, ibu yang telah ditinggalkan suami sejak 2 tahun lepas tetap tabah menyara 4 orang anak yang masih bersekolah. Salah seorang anaknya Normi yang sedang mengikuti program tuisyen percuma KUNTUM anjuran YBK di sekolah Syed Alwi Kuala Perlis terpaksa mengambil upah membantu menjual kerang dan belacan di tepi laut Kuala Perlis selepas waktu sekolah untuk membantu menyara kehidupan 4 adik beradiknya

Puan Norsiah bt Johari tidak dapat menyimpan kesedihannya apabila membuat apa sahaja kerja untuk membantu suaminya sebelum ini. Malangnya apabila ditinggalkan suami dan ditambah pula kesihatan yang selalu uzur akibat sakit kaki yang dialaminya akibat serangan tsunami 3 tahun lepas.

Menurutnya lagi beliau memang sudah biasa melalui kesusahan hidup sebelum ini termasuk mengambil upah menjual kuih tidak malu mengharapkan sumbangan orang ramai dapat meringankan kesempitan hidupnya terutama kos menyara persekolahan anaknya. Beliau juga berterima kasih dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang membantu meringankan beban hidupnya. Kesempatan lawatan ini, YBK telah membawa kesemua anak yang masih bersekolah ke bandar Kangar membeli keperluan sekolah seperi kasut, bag dan pakaian seragam sekolah. YBK juga telah menyumbangkan keperluan dapur dan wang tunai untuk meringankan beban Puan Norsiah.

 

YBK Team Development @ 2008 copyright