Kasih Ramadhan 1430H - Miss Suemoh Baka, 8/6/2009
8 Jun 2009, Kangar - Miss Suemoh Baka ibu tunggal dari Kg Hutan Aji Binjal, Kangar mempunyai 4 orang yang masih bersekolah. Beliau merupakan ibu tunggal sejak 10 tahun sehingga kini masih berusaha gigih memberi kehidupan kepadanya seramai 4 orang yang masih bersekolah. Suaminya merupakan pemandu teksi telah meninggal dunia akibat kanser paru-paru
Semua anaknya masih bersekolah dari darjah 4 hingga Tingkatan. Rombongan YYBK yang sampai ke rumahnya mendapati keadaan rumah yang sangat daif yang jelas tidak dapat menahan dari hujan dan panas apabila hampir semua atapnya telah bocor.
Beliau menyampaikan hasrat sekiranya YBK dapat membantunya membaik-pulih keadaan rumah yang sangat daif tersebut. Pendapatannya hanya sebanyak RM600 sebagai pembantu kedai makan dan sumbangan Jabatan Kebajikan Masyarkat. Rombongan YBK telah menyumbangkan keperluan dapur dan wang tunai untuk meringankan kesulitan yang dihadapinya. Apabila rombongan menawarkan peluang untuk menempatkan salah seorang anaknya yang bersekolah ke Asrama Kasih YBK, jelas terbayang betap aakrabnya hubungan mereka adik beradik dan menolak pelawaan YBK.