Kasih Ramadhan 1430H, 10-12/6/2009
Puan Liah bt Mihat, Pokok Sena Kedah - seorang janda yang telah bercerai kira-kira 7 tahun lepas, berasal dari Lendu Hulu mempunyai 3 orang anak. Akibat kemiskinan dan tidak mampu menyara hidup, akhirnya beliau terpaksa menetap di Madrasah Takwiyatul Islamiah, Jalan Kubor panjang, Pokok Sena. Madrasah Takwiyatul Islamiyah Jalan Kubur Panjang Pokok Sena telah sudi menyediakan tempat berlindung kepada beliau
Tindakan Puan Liah berpindah ke rumah orang tua yang serba daif ini ini disebabkan anak-anak hidup susah dan tidak mampu menjaga beliau. Beliau Menderita sakit kaki kesan dari penyakit kencing manis (diabetes) yang dihidapinya.
Pn. Habsah bt. Sharif, Sg Dua Pulau Pinang - seorang warga emas yang lahir pada tahun 1923 kini telah 10 tahun hidup sendiri. Tidak mempunyai keluarga terdekat hanya seorang anak angkat yang bekerja di Kuala Lumpur. Beliau yang tidak mendapat sebarang bantuan hanya bergantung kepada ehsan jiran tetangga.
Beliau menghidap sakit tua dan tidak mampu lagi berdikari hanya mengharap keihklasan jiran2 bagi membantu meneruskan kehidupannya. Rombongan YBK yang datang melawat Puan Habsah pada 10/6/2009 berasa sangat insaf melihat keadaan rumahnya yang sangat daif dan menyedihkan. Rombongan YBK berjanji akan datang lagi dengan membawa kemudahan asas seperti tilam dan dapur serta 'wheel chair'yang sangat diperlukannya. Sebelum itu YBK telah memberi sumbangan berupa makanan asas dan wang tunai untuk keperluannya.
Pn. Misah bin Mat Bagan Serai Perak - ibu tunggal yang kematian suami kerana sakit jantung pada tahun 2007.tinggal di sebuah rumah usang yang dibina oleh arwah suaminya di atas tanah milik kerajaan. mempunyai 10 orang anak, 2 masih bersekolah.
Lantaran kesusahan hidup hampir kesemua anak-anaknya tamat sekolah sehingga darjah 6. Bekerja mencari ketam & udang galah bagi menyara hidup 4 orang anak yang masih tinggal bersamanya. Rombongan YBK yang datang mel;awat pada 11/6/2009 telah memberi sumbangan makanan dan wang ringgit untuk keperluannya.