MESYUARAT AHLI LEMBAGA PENGARAH YBK - 22/12/2009

Kelana Jaya - Satu Mesyuarat ALPA YBK Bil-61 telah diadakan di Pejabat YBK Kelana Jaya. Mesyuarat membincangkan tentang pengoperasian YBK serta program-program yang sedang dan akan dilakukan oleh YBK.
Mesyuarat ALPA kali ini banyak membincangkan perkara-perkara antaranya aset serta halatuju YBK untuk 2010. Selain daripada itu pihak ALPA juga turut mengadakan mesyuarat dengan beberapa persatuan NGO dalam merealisasikan 1Malaysia.
Semoga buah fikiran daripada mesyuarat ALAPA kali ini dapat meningkatkan prestasi YBK dalam memperjuangkan serta membantu mengurangkan kemiskinan di Selangor khasnya dan Malaysia amnya.
|