| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Arkib Berita 2009

 

YBK MINTA AMANAHRAYA BANTU URUSKAN ASET DAN PELABURAN

17 November 2009 -  YBK mengadakan perbincangan dengan beberapa orang pegwai AMANAHRAYA INVESTMENT MANAGEMENT hari ini untuk mendapatkan perkhidmatan kepakaran dan membantu YBK menguruskan pelaburan dan hartanah YBK. Antara yang turut sama memberikann pandangan bagi pihak AMANAHRAYA termasuklah Puan Sharizad Jumaat CEO, Encik Azlan Azizuddin dan Encik Meor Khairi Bazid.

YBK yang diketuai oleh Dato Zainal Abdidin Hj Sakom bersama Datin Hartini Osman, Encik Zulhairy Jalaluddin dan Puan Rozita Arbain telah mendapat taklimat ringkas dan pihak AMANAHRAYA selama hampir 2 jam. Perjumpaan ini diadakan bertujuan bagaimana AMANAHRAYA dapat membantu YBK sebagai sebuah yayasan meningkatkan pendapatan melalui pengurusan hartanah dan pelaburannya. Melalui pendapatan yang dijanakan dapatlah YBK merancang dan melaksanakan lebih banyak program di masa hadapan.

 

 

 

 

YBK Team Development @ copyright