KONVOKESYEN TADIKA SUMBER BIJAK, SG BUAYA, RAWANG
14 November 2009 - Tadika Sumber Bijak, Sungai Buaya, Rawang telah mengadakan majlis konvokesyen untuk pelajar tadika yang telah diadakan di Kelab Golf Bukit Beruntung.
Kesudian Datin Hartini Osman, Ahli Pemegang Amanah YBK, turun padang untuk menyampaikan sijil konvokeysen memeriahkan lagi majlis tersebut. Dalam ucapannya Datin Hartini mengulas majlis konvo ini yang mana ia menandakan tamatnya seorang pelajar melalui sebuah proses pendidikan dan juga sebagai peringatan atas amanah ilmu yang dipikul setelah tamat pengajian
Bagi ibubapa pula, ingatan Datin Hartini perlu diingati dimana tanggungjawab mendidik anak-anak jangan sesekali diabaikan. Jika kita membiarkan anak-anak tanpa didikan agama yang kuat, anak-anak itu akan terbiar dibawa oleh arus yang menyimpang jauh dari tuntutan hidup sebagai umat Islam.
Seramai 30 kanak-kanak tadika tersebut telah dianugerahkan sijil konvokesyen tanda tamat era pra-persekolahan mereka. Kami warga kerja YBK mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang terlibat.
|