| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Arkib Berita 2009

 

Seminar Penyelarasan Teknikal Projek UiTM Serendah oleh PYBKU / UiTM, 19/10/2009

Shah Alam, Selangor - Permodalan Yayasan Basmi Kemiskinan Usahasama (PYBKU) dan UiTM telah mengadakan satu seminar teknikal dalam merealisasikan projek pembangunan kampus UiTM di Serendah. Seminar ini dirasmikan oleh Dato Pengerusi.

Dato Pengerusi dalam ucapannya mengimbas kembali perjalanan YBK dari penubuhannya dari tahun 1990 sehingga kini serta perancangan untuk masa akan datang secara sepintas lalu dalam program pembasmian kemiskinan. Harapan dato Pengerusi untuk melihat UiTM ini berjaya dibangunakan bagi kejayaan kemahiran anak-anak bangsa pada masa akan datang.

Selain daripada itu, seminar ini juga dapat memberikan impak yang terbaik dalam penghasilan kampus UiTM Serendah supaya keseimbangan ekosistem dapat dipertahankan dalam proses pembangunannya nanti.

 

 

YBK Team Development @ copyright