Majlis Sambutan Aidilfitri Bersama JP Selangor - 3/10/2009
Sunway, Selangor –Majlis Sambutan Aidilfitri Jaksa Pendamai Selangor telah diadakan bertempat di Sunway Pyramid Convention Centre, Bandar Sunway bagi meraikan mereka yang kurang bernasib baik terdiri daripada Orang Kurang Upaya (OKU), Warga Emas, Ibu tunggal, Anak-anak Yatim dan Fakir Miskin dari seluruh negeri Selangor.
Tetamu Diraja, DULI YANG MAHA MULIA SULTAN SHARAFUDDIN IDRIS SHAH ALHAJ IBNI ALMARHUM SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH ALHAJ, Sultan Selangor telah sudi mencemar Duli menyampaikan sumbangan Aidilfitri kepada mereka yang memerlukan.
Artis jemputan yang turut sama-sama meriahkan Majlis adalah Mawi, Mila, Isma, Yazid dan Ratu Rock Negara, Ella.
|