| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Arkib Berita 2009

 

Program Sinar Kasih Ramadhan Bersama Perdana Menteri Menyampaikan Sumbangan Kepada Keluarga Miskin di Pekan, Pahang - 12/09/2009

Pekan, Pahang - Sumbangan program sinar kasih ramadhan bersama perdana menteri meraikan orang miskin di kawasan Pekan, Pahang. YBK diwakili Dato Pengerusi amat berbesar hati kerana dapat bersama-sama Perdana Menteri dalam menyampaikan sumbangan kepada orang miskin.

Didalam program ini YBK dapat menyampaikan sumbangan kepada 100 orang miskin dikawasan ini melalui program sinar kasih ramadhan.

Selain daripada YBK terdapat beberapa badan korporat turut menyumbang didalam program bersama Perdana Menteri ini. Semoga dengan sumbangan dari YBK khasnya serta badan-badan korporat lain dapat membantu mereka yang memerlukan untuk meraikan sambutan hari raya aidilfitri 1430 hijrah ini.

YBK Team Development @ copyright