| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Arkib Berita 2009

 

 

Keluarga Yahya terima zakat perniagaan bagi membina gerai makanan sempena Program Tabung Sinar Kasih Ramadhan

Pekan, Pahang - Sumbangan mulai diterima oleh YBK menerusi program Tabung Sinar Kasih Ramadhan melalui  rancangan realiti tv “Sinar Kasih Ramadhan” yang mula disiarkan di Astro Oasis pada awal bulan Ramadhan.

Justeru sebuah syarikat telah menyumbang zakat  syarikat  berjumlah RM5,000.00 kepada keluarga Yahya Salleh untuk membantu beliau membuka gerai makanan di Kg Tg Selangor, Pekan, Pahang bagi menambah pendapatan keluarga yang selama ini hanya bergantung kepada hasil laut yang tidak seberapa bagi menyara sembilan ahli keluarganya termasuk seorang anak kurang upaya.

YBK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada syarikat Hakimi & Assosciates Sdn Bhd yang telah menyumbang RM10,000 bagi menjayakan program Sinar Kasih Ramadhan ini.

 

 

YBK Team Development @ copyright