| YAYASAN BASMI KEMISKINAN | No. 32/34, Jalan SS7/24, Kelana Jaya, 47301 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. No Fax : 03-78750719 | | Bersama Kami Membantu mereka yang memerlukan | SELAMAT MENYAMBUT AWAL MUHARRAM
 

Arkib Berita 2009

 

Haji Bing Selamat Amir, Rasmi Majlis Penutup PLKN GEO-KOSMO, 4/9/2009

Gesir - Haji Bing Selamat Amir, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK telah merasmikan Majlis Penutup Program Latihan Khidmat Negara, di Pusat PLKN GEO-KOSMO Gesir. Pusat PLKN GEO-KOSMO ini telah dibangunkan di atas tanah milik YBK dan mula beroperasi sejak tahun 2006.

Menurut Komanden Kem, Mejar Mohd Ikhram Ismail, bilangan pelatih yang pada mula pendaftaran seramai 251 orang akhir tinggal 142 orang disebabkan masalah kesihatan dan wabak H1N1 baru-baru ini, yang menyebabkan mereka terpaksa dihantar balik ke negeri masing-masing.

Hj Bing Selamat Amir dalam ucapannya merakamkan tahniah kepada pelatih yang berjaya menamatkan kursus ini. Beliau sangat berbangga apabila yayasan apabila bersetuju menjadikan premis yang asalnya sebagai kolej komuniti sebagai pusat latihan untuk program khidmat negara ini.

 

 

YBK Team Development @ copyright