Permohonan Kemasukan Asrama Kasih 2010, 2/9/2009
YBK Kelana Jaya - YBK menawarkan semua sekolah rendah seluruh negeri Selangor dan sekolah luar bandar terpilih luar Selangor untuk tujuan kemasukan pelajar ke Asrama Kasih YBK iaitu Asrama Kasih Serendah (sekolah menengah) dan Asrama Kasih YBK Gesir (sekolah rendah) sesi 2010. Sebanyak 244 sekolah luar bandar di seluruh Selangor dan 162 sekolah luar bandar negeri lain kecuali Wialayah Persekutuan, Sabah dan Sarawak diminta menacalonkan calon pelajar yang layak. YBK juga menawarkan kepada semua pejabat KEMAS seluruh negeri Selangor untuk tujuan yang sama
Permohonan yang terima akan diproses untuk tujuan senarai pendek sebelum penyiasatan dilakukan oleh YBK. Antara kriteria termasuklah status sosial (yatim, piatu, yatim piatu, ibu bapa berpisah dan dijaga oleh saudara), prestasi peperiksaan (sekurang-kurangnya 2A atau 1A 4B atau 5B dan B dalam Matematik) pendapatan per kapita dan keadaan tempat tinggal pelajar. Calon yang berjaya disenaraipendek akan diberi ujian IQ.
Tarikh akhir YBK menerima borang permophonan adalah 15hb Oktober 2009 bagi membolehkan YBK membuat senarai pendek sebelum 30 Oktober 2009. Selepas menjalankan siasatan YBK akan menjalankan mesyuarat panel pemilihan ASKA pada 10 Nov 2009 dan surat tawaran dijangka dikeluarkan sebelum 15 Nov 2009. |