YBK Agihkan Sumbangan Kasih Ramadhan Kepada 427 Keluarga Termiskin 15-20/8/2009
Mulai 15/8/2009 hingga 20/8/2009, YBK mengagih-agihkan sumbangan KASIH Ramadhan 1430H/2009 kepada keluarga termiskin seluruh Semenanjung Malaysia. Sumbangan kewangan sebanyak RM400.00 setiap keluarga termiskin untuk mereka menampung keperluan berbuka puasa dan bersahur sepanjang bulan Ramadhan akan disampaikan kepada keluarga termsikin yang terpilih.
Seramai 427 keluarga termiskin yang terlibat mengikut negeri adalah Perlis (25), Kedah (35), Pulau Pinang(15), Perak (44), Selangor (25), Negeri Sembilan (23), Melaka (14), Johor (72), Pahang (123), Terengganu (22) dan Kelantan (24) dan Wilayah Persekutuan (5). Sumbangan RM400.00 setiap keluarga termiskin sebahagaiannya disumbang oleh orang ramai dan sektor koperat yang menjayakan Program SINAR KASIH Ramadhan yang dilancarkan oleh YBK pada 28/4/2009 lepas.
|