Mesyuarat (Khas) Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK Bil 57, 10/8/2009
10 Ogos 2009, Kelana Jaya - YBK telah mengadakan Mesyuarat(Khas) Ahli Lembaga Pemegang Amanah Bil. 57 di pejabat YBK bermula jam 10.00 pagi. Antara yang hadir dalam mesyuarat ini adalah Dato Zainal Abidin Hj Sakom, Datin Hartini Othman, Dato Dr Mat Yasir Ikhsan dan Hj Bing Selamat Amir.
Perkara utama yang dibincangkan mesyuarat kali ini adalah menerima Laporan Juruaudit tentang Laporan Kewangan YBK Bagi Tahun 2008 dan menerima cadangan perlaksanaan Program SINAR KASIH RAMADHAN 1430H/2009. Disamping itu YBK juga bersetuju membeli hartanah di OASIS Damansara.
|